ppdk

puncak jalinan kasih

jom kenali ppdk puncak jalinan kasih

PDK Puncak Jalinan Kasih adalah sebuah PDK yang telah di luluskan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tertubuhnya PDK Puncak Jalinan Kasih,Batang Kali adalah atas usaha tungkus lumus daripada seluruh anggota Ahli Jawatankuasa.Atas usaha ini,satu penempatan telah di kenalpasti dan akhirnya berjaya di perolehi bagi mendapatkan sebuah bangunan rumah penghulu lama untuk di jadikan tempat beroperasi.


Setelah PDK Puncak Jalinan Kasih beroperasi seramai 48 orang anak-anak istimewa yang kebanyakannya terdiri daripada anak- anak tempatan yang miskin serta tidak berkemampuan telah di hantar oleh ibu bapa mereka ke PDK ini bagi mendapatkan Latihan pendidikan dan pembelajaran.

Pelajar-pelajar secara keseluruhanya merupakan kanak- kanak dan dewasa istimewa dari keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di sekitar Hulu Selangor. Secara purata,pendapatan bulanan ibubapa atau penjaga hanya sekitar RM 500 - RM 1000 dan ke bawah. Melihat kepada bebanan hidup dan kos sara diri yang semakin tinggi, pihak PDK Puncak Jalinan Kasih menghulurkan perkhidmatan tanpa mengenakan sebarang yuran kepada kanak-kanak dan dewasa istimewa ini.


Pada masa ini, PDK Puncak Jalinan Kasih telah mendidik dan melatih seramai 44 orang kanak-kanak dan dewasa istimewa yang terdiri daripada 37 pelatih berbangsa Melayu,4 pelatih berbangsa Cina dan 3 pelatih berbangsa India.

matlamat ppdk puncak jalinan kasih

  • Menyediakan satu sistem Latihan (Kemahiran hidup) dan Pendidikan kepada golongan yang datang daripada keluarga miskin tanpa mengira latar belakang bangsa secara percuma.
  • Membentuk dan membina program yang sistematik untuk kanak-kanak dan dewasa istimewa supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang sama seperti insan sempurna yang lain.
  • Menyediakan persekitaran dan bangunan yang di lengkapi kemudahan pembelajaran serta kemahiran yang selesa kepada kanak-kanak dan dewasa istimewa.
  • Menyediakan kemudahan terapi dan rawatan kepada kanak-kanak dan dewasa istimewa seperti spastik,austisme dan cacat anggota.
  • Memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan dewasa istimewa dari PDK Puncak Jalinan Kasih agar mudah bergaul dengan masyarakat melalui program yang di jalankan.
  • Mendidik masyarakat agar terus menanamkan rasa cinta dan kasih terhadap insan istimewa yang di lahirkan dengan serba kekurangan.

WAKTU OPERASI PPDK PUNCAK JALINAN KASIH

Operasi Pembelajaran dan Pemulihan Pelatih PDK

  • Hari Isnin hingga Khamis
  • Jam 8.00 pagi hingga 12.00 Tengah hari
  • Jumaat Lawatan Ke Rumah (Home Visit)

Pengurusan Pentadbiran

  • Hari Isnin hingga Jumaat
  • Jam 2.00 petang hingga 5.00 petang

projek ppdk puncak jalinan kasih

projek cendawan tiram

projek cendawan simen fero

Bengkel Jahitan

CLICK DISINI UNTUK ORDER

" bersama membantu insan istimewa"

PPDk puncak jalinan kasih

hubungi kami

Alamat :

JKR 563,

Rumah Penghulu Lama,

( Balai Operasi Rela )

44300 Batang Kali, Selangor

Email: pjkpdk@gmail.com

Phone:

0122520199

0136701212

daftar bersama kami